Monday, 11 August 2014



SAMBUNG



Kawasan harimau biasanya mempunyai tiga ciri utama: Ia akan memiliki perlindungan bagus, terletak berhampiran air dan terdapat banyak mangsa. Harimau Benggala tinggal di semua jenis hutan, termasuk hutan basah, malar hijau, separa-malar hijau Assam dan timur Benggala; hutan bakau Delta Ganges; hutan daun luruh Nepal dan hutan duri Barat Ghats. Berbanding singa, harimau lebh menyukai tumbuh-tumbuhan tebal, kerana penyamarannya lebih sesuai, dan di mana pemangsa tunggal tidak kekurangan kelebihan berbanding kawanan. Antara kucing besar, cuma harimau dan jaguar yang pandai berenang; harimau sering ditemui mandi dalam kolam, tasik dan sungai. Berbeza dengan kucing lain, yang cenderung mengelak air, harimau mencarinya secara aktif. Semasa waktu panas hari, harimau sering dijumpai menyejukkan diri di dalam air. Harimau merupakan perenang baik dan dapat berenang sehingga 4 batu. Harimau juga sering didapati membawa mangsa yang dibunuhnya merentasi tasik.

Sifat fizikal dan evolusi
Di China dan Jawa, telah dijumpai tinggalan seekor kucing seakan-akan harimau, iaitu Panthera palaeosinensis, yang pernah hidup sekitar 2 juta tahun dahulu, ketika bermulanya zaman Pleistosen, tetapi lebih kecil berbanding harimau zaman sekarang. Fosil-fosil harimau sebenar terawal yang dikenal pasti dijumpai di Jawa, berusia antara 1.6 hingga 1.8 juta tahun. Fosil-fosil yang berbeza dari zaman awal dan pertengahan Pleistosen juga ditemui dalam mendapan tanah dari China dan Sumatera. Satu subspesies bernama harimau Trinil (Panthera tigris trinilensis) pernah hidup sekitar 1.2 juta tahun dahulu, dan fosil-fosilnya ditemui di Trinil, Jawa.

Harimau mula menjejak kaki di India dan Asia Utara pada zaman akhir Pleistosen, mencapai Beringia (tetapi tidak benua Amerika), Jepun, dan Sakhalin. Fosil-fosil yang ditemui di Jepun menandakan harimau-harimau tempatan dahulu kala, seperti subspesies yang masih wujud di kepulauan tersebut, adalah lebih kecil berbanding harimau di tanah besar. Ini mungkin disebabkan oleh kaitan saiz badan dengan ruang persekitarannya, ataupun kurangnya bekalan mangsa. Sehingga zaman Holosen, harimau juga berhabitat di Borneo dan juga pulau Palawan di Filipina.

Ciri-ciri fizikal


Harimau Siberia.
Harimau merupakan spesies kucing liar yang paling terkenal (selain singa). Harimau biasanya berbulu kemerahan atau perang berkarat, bulu dadanya berwarna keputihan, "berjambul" putih melilit mukanya, dan belang-belang yang berwarna perang, kelabu atau hitam. Setiap subspesies harimau memiliki bentuk dan kepadatan belang yang berlainan dari subspesies yang lain (di samping juga corak warna bulunya; misalnya, harimau Siberia berwarna lebih pudar berbanding subspesies yang lain). Kebanyakan harimau memiliki lebih 100 batang belang. Setiap harimau memiliki corak belang yang unik kepadanya, oleh itu mungkin ada gunanya untuk mengenal pasti harimau individu, seperti mana cap jari digunakan untuk mengenal pasti orang. Walaupun begitu, ini bukan cara yang biasa digunakan kerana sukarnya merakam corak belang seekor harimau liar. Mungkin sekali belang berfungsi sebagai alat penyamaran untuk membantu harimau menyorokkan diri dalam bayang bertelau-telau dan rumput panjang di persekitarannya, sambil menghendap mangsanya. Apabila bulu harimau dicukur, corak belang yang sama dengan bulunya juga kelihatan. Seperti spesies kucing besar yang lain, terdapat bintik putih di belakang kedua-dua belah telinga harimau.



Rangka harimau.

Harimau juga digeruni sebagai kucing yang paling berat di hutan belantara. Harimau juga memiliki kaki dan bahu yang amat kuat, yang membolehkannya mengheret mangsa yang lebih berat daripada dirinya. Bagaimanapun, setiap subspesies berlainan saiznya dengan satu sama lain, apalagi lebih tinggi latitud habitatnya maka lebih besar subspesiesnya, selaras dengan hukum Bergmann. Maka, harimau Siberia (Panthera tigris altaica) jantan yang lebih besar boleh mencapai kepanjangan 3.5 m "ikut lengkung" (3.3 m. "ukuran lurus") dan berat 306 kilogram, iaitu lebih besar berbanding harimau-harimau yang tinggal di kepulauan seperti harimau Sumatera, iaitu subspesies hidup yang terkecil dengan berat badan setakat 75–140 kg sahaja.Harimau betina lebih kecil berbanding harimau jantan dalam setiap subspesies. Perbezaan saiz antara harimau jantan dan betina lebih ketara dalam subspesies yang lebih besar, iaitu berat harimau jantan bersamaan dengan 1.7 kali berat harimau betina.[16] Selain itu, harimau jantan lebih luas tapak kaki depannya berbanding harimau betina. Perbezaan ini sering digunakan oleh ahli biologi untuk menentukan jantina harimau apabila memerhati kesan tapak kakinya Tengkorak harimau amat serupa dengan tengkorak singa, cuma bahagian hadapannya tidak begitu tertekan atau rata, dengan kawasan postorbital yang lebih panjang sedikit berbanding tengkorak singa yang lebih lebar lubang hidungnya. Namun begitu, disebabkan perbezaan tengkorak kedua-dua spesies tersebut tidak begitu ketara, spesies pemilik tengkorak biasanya hanya dapat ditentukan melalui struktur rahang bawahnya.

HARIMAU
Harimau (Panthera tigris) (juga dipanggil harimau belang atau pak belang) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota famili Felidae. Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 kaki) dan berat 300 kilogram (660 paun). Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.

Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi ancaman.


Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.
GAJAH
                Gajah merupakan haiwan daratn yang paling besar didunia, kini terdapat 3 spesis gajah yang ada iaitu,

Gajah Afrika
Gajah Afrika merupakan haiwan daratan yang terbesar didunia. Sepanjang 55 juta tahun dahulu, terdapat 500 jenis gajah yang telah dikenalpasti , namun kini hanya dua spesis sahaja yang tinggal atau masih kekal iaitu Gajah Asia dan Gajah Afrika. Kedua-dua spesis ini mula berpecah kira-kira dua juta tahun dahulu. Dari jurai gajah asia maka terhasillah gajah mammoth yang kita tahu kini telah pupus, terdapat dua subspesis gajah afrika iaitu subspesis gajah savanna afrika dan juga subspesis  gajah hutan afrika.gajah savanna mudah ditemui di kawasan padang rumput terbuka,semak berdiri dan berdekatan dengan tasik dan juga lopak. Gakjah savanna ditemui lebih banyak dari zoo savanna selatan dan sahara.

Gajah asia
Gajah asia mempunyai perbazaan daripada gajah afrika dari segi saiz telinganya yang kecil sedikit. Mempunyai dahi yang rata dan dua bonggol kepalanya merupakan puncak tertinggigajah. Berbanding dengan gajah afrika yang hanya mempunyai satu bonggol dikepala. Selain itu hujung belalai gajah asia hanya memunyai 1 bibir. Sementara gajah afrika mempunyai 2 bibirdi hujung belalai. Kedua-dua jantina gajah afrika ,mempunyai belalai manakala bagi gajah asia hanya gajah jantan sahaja akan mempunyai gding. Terdapat beberapa jenis subspesis gajah asia, antaranya adalah gajah sri lanka, gajah india, gajah sumatera dan gajah Malaysia.
Subspesis asia gajah sri lanka
Elephas maximus maximus ( gajah Sri Lanka) hanya ditemui di pulau Sri Lanka. Ia adalah terbesar dari Asia. Ada 3,000-4,500 dianggarkan merupakan dari subspesies terdapat hari ini di alam liar, walaupun tidak ada bancian yang tepat telah dilakukan baru-baru ini. Gajah jantan yang besar beratnya dianggarkan5.400 kg (12.000 lb) dan berdiri di 3,4 m (11 ft) tinggi. Gajah jantan Sri Lanka mempunyai tonjolan tengkorak sangat besar, dan kedua-dua jenis mempunyai lebih banyak kawasan depigmentasi dari Asia yang lain. Biasanya, telinga mereka, wajah, batang, dan perut mempunyai konsentrasi besar kulit pink-rintik. Ada sebuah panti asuhan untuk gajah di Pinnawala, Sri Lanka, yang memainkan peranan besar dalam melindungi gajah Sri Lanka dari kehancuran.
Gajah india dan gajah sumatera
Elephas maximus maximus ( gajah Sri Lanka) hanya ditemui di pulau Sri Lanka. Ia adalah terbesar dari Asia. Ada 3,000-4,500 dianggarkan merupakan dari subspesies terdapat hari ini di alam liar, walaupun tidak ada bancian yang tepat telah dilakukan baru-baru ini. Gajah jantan yang besar beratnya dianggarkan5.400 kg (12.000 lb) dan berdiri di 3,4 m (11 ft) tinggi. Gajah jantan Sri Lanka mempunyai tonjolan tengkorak sangat besar, dan kedua-dua jenis mempunyai lebih banyak kawasan depigmentasi dari Asia yang lain. Biasanya, telinga mereka, wajah, batang, dan perut mempunyai konsentrasi besar kulit pink-rintik. Ada sebuah panti asuhan untuk gajah di Pinnawala, Sri Lanka, yang memainkan peranan besar dalam melindungi gajah Sri Lanka dari kehancuran.

Gajah kerdil
Gajah kerdil atau Gajah kerdil Borneo dengan nama saintifik Elephas maximus borneensis adalah spesies terkecil gajah, bahkan lebih kecil dari Gajah Sumatra.Ukuran tubuhnya hanya sekitar 2,5 meter. Data menunjukkan bahawa DNA pada Gajah kerdil adalah sama sekali berbeza dari Gajah asia dan Gajah afrika, hal ini dibuktikan bahawa Gajah kerdil merupakan subspesies baru dari gajah.Habitat tempat hidup mereka ada di kedalaman hutan Borneo, perbatasan antara Kalimantan Timur - Indonesia dan Sabah,Malaysia. Gajah kerdil Borneo dapat dibezakan dengan melihat ekornya yang lebih panjang dan mencecah ke tanah,mempunyai telinga yang lebih lebar,mempunyai belalai yang pendek dan gading yang agak lurus.


Sunday, 10 August 2014

singa (Panthera leo) adalah mamalia karnivor yang terangkum dalam keluarga Felidae. Digelar Raja Rimba, ia merupakan salah satu daripada empat jenis kucing besar dalam genus Panthera. Dengan jantannya yang sangat besar, melebihi 250 kilogram (550 paun) beratnya, haiwan ini adalah kucing yang kedua terbesar selepas harimau.

Singa-singa hidup selama lebih kurang 10–14 tahun di dalam hutan belantara, manakala dalam penawanan, haiwan ini boleh hidup melebihi 20 tahun. Singa amat suka bergaul, berbanding dengan kucing-kucing yang lain. Sekawanan singa terdiri daripada sekawanan singa betina dan anak-anak berkait serta sebilangan kecil singa jantan dewasa. Kawanan singa ini sangat menjaga wilayahnya. Anak-anak singa jantan yang telah dewasa akan diusir. Singa betina lazimnya memburu secara berkumpulan,dan biasanya memburu ungulat-ungulat besar seperti kuda belang, kerbau, zirafah, badak air dan juga gajah muda. Singa adalah benar-benar pemangsa, walaupun haiwan ini juga mencari-cari 

Singa-singa lazimnya menghuni di savana dan di padang rumput, walaupun haiwan ini juga menghuni di belukar dan hutan.


Singa-singa liar kini wujud di Asia dan kawasan sub-Sahara di Afrika, dengan saki-baki yang sangat terancam terdapat di kawasan-kawasan barat laut India. Singa-singa telahpun lama pupus di benua Afrika Utara, Timur Tengah, dan Asia Barat sejak dari awal-awal lagi. Sehingga akhir zaman Pleistosen (kira-kira 10,000 tahun dahulu), singa adalah mamalia daratan besar yang paling banyak, selain daripada manusia. Ketika itu, singa-singa boleh ditemui di kebanyakan kawasan Afrika serta juga di kebanyakan Eurasia dari Eropah barat sehingga ke India, selain daripada di kawasan jambatan darat Bering dan di Amerika dari Yukon hingga ke Peru.
orang utan sumatera








Orang utan Sumatera (Pongo abelii) merupakan salah satu daripada dua spesies orang utan. Ditemui hanya di pulau Sumatera di Indonesia, ia lebih jarang dan lebih kecil daripada Orang utan Borneo. Orang utan Sumatera membesar sehingga ketinggiannya mencapai 1.4 meter (4.6 ka) dan berat sehingga 90 kilogram (200 lb) bagi orang utan jantan. Orang utan betina pula adalah lebih kecil, dengan purata ketinggian 90 sentimeter (3.0 ka) dan berat 45 kilogram (99 lb).

Jika dibandingkan dengan Orang utan Borneo, Orang utan Sumatera lebih cenderung memakan buah-buahan serta serangga. Buah kegemarannya termasuklah buah pokok ara dan nangka. Ia juga akan memakan telur burung serta haiwan vertebrata kecil. Orang utan Sumatera tidak banyak menghabiskan masa untuk makan bahagian dalam kulit pokok.

Orang utan Sumatera liar di paya Suaq Balimbing dikenal pasti menggunakan peralatan. Seekor orang utan akan mematahkan dahan pokok sepanjang lebih kurang sekaki, memijak rantai serta menjadikan salah satu hujungnya berbulu. Ia kemudiannya menggunakan batang kayu tersebut untuk menggali lubang pokok untuk mencari anai-anai. Ia juga menggunakan batang kayu itu untuk merodok dinding sarang lebah, menggerakkannya serta mengambil madunya. Sebagai tambahan, orang utan juga menggunakan peralatan untuk memakan buah. Semasa buah pokok Neesia masak, kulitnya yang keras dan beralun akan menjadi lembut sehingga ia gugur dan terbuka. Di dalamnya terdapat biji yang disukai orang utan, tetapi diselaputi rerambut seakan gentian kaca yang menyebabkan kesakitan jika termakan. Orang utan pemakan Neesia ini akan memilih kayu sepanjang lima inci, mengopek kulitnya, dan kemudian mengumpulkan rerambut dengan menggunakan kayu tersebut. Setelah buat tersebut selamat dimakan, orang utan akan makan biji-biji tersebut sama ada menggunakan batang kayu ataupun jari. Walaupun paya yang sama terdapat di, Orang utan Borneo liar tidak pula dilihat menggunakan peralatan seperti itu.

NHNZ telah merakam aksi Orang utan Sumatera untuk rancangan Wild Asia: In the Realm of the Red Ape; rancangan tersebut menunjukkan seekor orang utan menggunakan satu alatan mudah, sebatang ranting, untuk mengopek buah dari tempat yang sukar. Terdapat juga babak seekor haiwan menggunakan sehelai daun besar sebagai payung semasa hujan ribut yang lebat.

Orang utan Sumatera lebih banyak hidup di atas pokok berbanding orang utan Borneo; ia berkemungkinan disebabkan kehadiran haiwan pemangsa yang besar seperti harimau Sumatera. Ia bergerak dari pokok ke pokok melalui pembrakiuman
Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Orang Hutan mempunyai lengan yang panjang dan kuat. Nama saintifiknya adalah Pongo pygmaeus.

Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina adalah 80 - 85% daripada Orang Hutan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan.

Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Orang Hutan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun.


Orang Utan boleh di dapati di Borneo dan Sumatera dan tinggal di kawasan hutan tropika.

Friday, 8 August 2014

TAIPEI 101
Taipei 101 ialah sebuah pencakar langit yang mempunyai 101 tingkat dan terletak di ibu kota Taiwan iaitu Taipei. Direka oleh C.Y. Lee dan dibina oleh KTRT Joint Venture, ia adalah bangunan tertinggi di dunia. Nama asalnya ialah Pusat Kewangan Dunia Taipei, berdasarkan nama rasmi Cinanya, iaitu Pusat Kewangan Antarabangsa Taipei .
Dalam pelbagai aspek, bangunan yang baru dibina ini ialah pencakar langit paling maju setakat ini. Bangunan ini mempamerkan penggunaan gentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan sehingga 1 gigabit per saat. Toshiba telah menyediakan lif berkembar paling laju di dunia dengan kepantasan puncak mencapai 16.83 meter per saat (63 km/j ). Lif ini mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dalam masa kurang daripada 39 saat. Pengunjung juga boleh menaiki tangga ke balai pemerhati di tingkat ke-91. Sebuah teknologi mengawal kesan bencana alam terletak di tingkat ke-88 mampu mengawal kestabilan bangunan terhadap ancaman gempa bumi, taufan, dan angin[2]. Teknologi ini mampu mengurangkan sehingga 40% pergerakan menara.

Menara ini dibuka secara keseluruhan pada 31 Disember 2004, sempena malam sambutan tahun baru beserta dengan persembahan langsung dan bunga api. Presiden Taiwan, Chen Shui-bian, Datuk Bandar Taipei Ma Ying-jeou dan Speaker Parlimen Wang Jin-pyng merasmikannya.Menara itu mengandungi pasar raya setinggi enam tingkat, kedai-kedai, restoran, dan tarikan-tarikan lain contohnya kelab malam.