Friday, 1 August 2014

KONSEP

Terdapat dua konsep yang biasa dihubungkan dengan teknologi nano iaitu:

- Pemasangan berposisi (positional assembly)
Replikasi semula

- Pemasangan Berposisi
Keperluan bagi pemasangan berposisi adalah menandakan minat dalam bidang robotik bermolekul, yakni peranti robotik yang bersaiz dan berketepatan molekul. Peranti pemposisi berskala molekul ini adalah hampir serupa dengan alat-alat yang menjalankan tugas yang serupa pada masa ini. Pemasangan berposisi ini adalah biasanya digunakan dalam pembuatan makroskopik hari ini dan memberikan kelebihan yang jelas. Tarikan pembuatan molekul bagi industri komputer adalah jelas.

Ia membenarkan pembuatan komuter pada kos yang kurang dari satu dollar per pound, beroperasi pada frekuensi yang lebih tinggi, dengan dimensi yang linear, kebolehharapan yang tinggi dan perlepasan haba yang rendah. Industri komputer telah membelanjakan berbilion dolar untuk mencipta komputer yang lebih hebat. Adalah difahami bahawa had bagi litografi adalah hampir jelas. Ini secara langsung menggalakkan lagi penyelidikan ke arah pemasangan berposisi dengan kawalan di paras molekul.


Pemasangan berposisi adalah berkait rapat dengan penggunaan teknologi STM. Ini adalah disebabkan hasil dari STM dapat menggerak dan memposisikan atom dengan lebih mudah. Walaubagaimanapun dijangka pencapaian dalam bidang pemasangan berposisi yang berorientasikan komputer adalah dalam 10 tahun lagi.

No comments:

Post a Comment