MENARA
BERKEMBAR PETRONAS
Merupakan
sepasang menara yang terletak di Kuala Lumpur yang dahulunya pernah menjadi
menara tertinggi di dunia debelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101.
Walaupun begitu kedua-dua menara ini masih lagi menjadi menara berkembar
tertinggi didunia dan juga merupakan menara tertinggi pada abad ke-20.
Menara
ini dibina oleh seorang juru bina dari Argentina yang bernama Cesar pelli.
Bangunan ini siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan jangka masa 7 tahun
untuk menyiapkannya. Menara setinggi 88 tingkat ini diperbuat daripada kongrit
bertulang dengan keluli dan kaca. Ianya dibina dan direka menyerupai kesenian
islam dan mencerminkan agama islam yang ada di Malaysia. Terdapat beberapa ciri
kesenian islam yang diterapkan pada bangunan ini antaranya, keratin rentas
kedua-dua menara ini bebentuk Rub el HIzb ditambah dengan bahagian bundar untuk
memenuhi keperluan pejabat. Menara 1 dibina oleh consortium Jepun yang dipimpin
oleh Hazama Corperation manakala merana 2 telah dibina oleh dua kontraktor dari
korea selatan iaitu Samsung C&D dan Kukdong Enginering & Construction.
Jejantas yang menghubungkan antara dua
bangunan ini pula dibina oleh Kukdong.
Terdapat
dua menara di Menara Berkembar Petronas,
bagi menara satu, ia diduduki sepenuhnya oleh Petronas dan juga
sebilangan anak syarikat dan juga syarikat sekutunya. Manakala bagi menara dua
mereka menyewakanya kepada syarikat-syarikat lain.
No comments:
Post a Comment