orang utan sumatera
Orang utan Sumatera (Pongo abelii) merupakan salah satu
daripada dua spesies orang utan. Ditemui hanya di pulau Sumatera di Indonesia,
ia lebih jarang dan lebih kecil daripada Orang utan Borneo. Orang utan Sumatera
membesar sehingga ketinggiannya mencapai 1.4 meter (4.6 ka) dan berat sehingga
90 kilogram (200 lb) bagi orang utan jantan. Orang utan betina pula adalah
lebih kecil, dengan purata ketinggian 90 sentimeter (3.0 ka) dan berat 45
kilogram (99 lb).
Jika dibandingkan dengan Orang utan Borneo, Orang utan
Sumatera lebih cenderung memakan buah-buahan serta serangga. Buah
kegemarannya termasuklah buah pokok ara dan nangka. Ia juga akan memakan telur
burung serta haiwan vertebrata kecil. Orang utan Sumatera tidak banyak
menghabiskan masa untuk makan bahagian dalam kulit pokok.
Orang utan Sumatera liar di paya Suaq Balimbing dikenal
pasti menggunakan peralatan. Seekor orang utan akan mematahkan dahan pokok
sepanjang lebih kurang sekaki, memijak rantai serta menjadikan salah satu
hujungnya berbulu. Ia kemudiannya menggunakan batang kayu tersebut untuk
menggali lubang pokok untuk mencari anai-anai. Ia juga menggunakan batang kayu
itu untuk merodok dinding sarang lebah, menggerakkannya serta mengambil
madunya. Sebagai tambahan, orang utan juga menggunakan peralatan untuk memakan
buah. Semasa buah pokok Neesia masak, kulitnya yang keras dan beralun akan
menjadi lembut sehingga ia gugur dan terbuka. Di dalamnya terdapat biji yang
disukai orang utan, tetapi diselaputi rerambut seakan gentian kaca yang
menyebabkan kesakitan jika termakan. Orang utan pemakan Neesia ini akan memilih
kayu sepanjang lima inci, mengopek kulitnya, dan kemudian mengumpulkan rerambut
dengan menggunakan kayu tersebut. Setelah buat tersebut selamat dimakan, orang
utan akan makan biji-biji tersebut sama ada menggunakan batang kayu ataupun
jari. Walaupun paya yang sama terdapat di, Orang utan Borneo liar tidak pula
dilihat menggunakan peralatan seperti itu.
NHNZ telah merakam aksi Orang utan Sumatera untuk rancangan
Wild Asia: In the Realm of the Red Ape; rancangan tersebut menunjukkan seekor
orang utan menggunakan satu alatan mudah, sebatang ranting, untuk mengopek buah
dari tempat yang sukar. Terdapat juga babak seekor haiwan menggunakan sehelai
daun besar sebagai payung semasa hujan ribut yang lebat.
Orang utan Sumatera lebih banyak hidup di atas pokok
berbanding orang utan Borneo; ia berkemungkinan disebabkan kehadiran haiwan
pemangsa yang besar seperti harimau Sumatera. Ia bergerak dari pokok ke pokok
melalui pembrakiuman
No comments:
Post a Comment