PERISTIWA TERPENTING YANG
BERLAKU DI MENARA BERKEMBAR PETRONAS
Ribuan
orang mengosongkan bangunan setelah menerima panggilan ugutan bom pada 12
September 2001, sehari selepas serangan 11 September membinasakan menara
berkembar World Trade Center di Bandar Raya New York. Skuad pembuangan bom
dikerah ke mari tetapi tidak menjumpai apa-apa bom dalam kedua-dua menara
Petronas walaupun memindahkan keluar semua orang. Para pembeli dan pengunjung dibenarkan
masuk semula tiga jam kemudian pada tengah hari. Tiada seorang pun tercedera
dalam langkah pengosongan tersebut.
Pada waktu larut malam 4 November
2005, terjadi kebakaran di kompleks pawagam di pusat beli-belah Suria KLCC di
bawah Menara Berkembar Petronas. Tidak dilaporkan mana-mana kecederaan. Ketika
itu, kedua-dua menara hampir kosong (kecuali Suria KLCC yang diisi pengunjung
pawagam dan pelanggan restoran).
No comments:
Post a Comment