Tuesday, 5 August 2014

SUNGAI KINABATANGAN

                Sungai Kinabatangan adalah sungai yang terletak di daerah sanndakan,sabah. Panjang sungai ini adalah 560 km dan merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas sungai Rajang. Air dari sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya sabah ke laut sulu di kawasan timur.
                Takungan yang terdapat di sungai ini merupakan takungan air yang terbesar dan tunggal yang ada di sabah yang membanjiri sehingga kwasan luar Sandakan. Takungan air daripada sungai Kinabatangan terleta jauh dari muara sungai iaitu 20km dari muara, dengan jarak sejauh ini kawasan takungan air dapat diindungi daripada air masin masuk ke sungai, dengan melakukan cara begini kebersihan air tawar dapat dipelihara daripada tercemar dengan air masin.
                Aktiviti pembalakan dan juga pertania yang dilakukan di hulu sungai telah menyebabkan ari sungai Kinabatangan menjadi keruh. Namun begitu masahlah tersebut telah dapat diselesaikan dengan adanya loji penapisan air yang di tempatkan di Sandakan bagi kegunaan memproses dan membersihkan air yang tercemar untuk selamat digunakan dan diminum. Mereka memgunakan paip besi untuk mengepam air untuk diproses ke loji air.
                Kawasan sungai Kinabatangan juga mempunyai tempat tarikan pelancong, santuari hidupan liar yamg terdapat di hilir sungai Kinabatangan memberi pengalaman kepada pelancong untuk menyaksikan kehidupan orang utan di habitatnya. Seperti kitatahu bergitu paying untuk kita menjumpai orang utan kerana orang utan hanya ada di kawasan borneo dan sumatera sahaja. Dengan habitat yang dimusnahkan manusia jumlah populasi orang utan juga semakin berkurangan dan ini lagi menyulitkita untuk menjumpai haiwan berkenaan.

                Bagi pelancong yang berminat untuk menginap di kawasan sungai berkenaan, beberapa buah chalet disediakan untuk pengunjung. Chalet tesebut dikendalikan oleh sukau rainforest lodge dan Kinabatangan riverside lodge. Bagi pengunjung yang menginap di kawasan ini mereka berpeluang untuk melihat secara dekat kera hantu, kongkang, ungka, beruk dan macam-macam lagi. Selain itu pelancong juga berpeluang untuk melihat rumah dan juga cara kehidupan penduduk di kampong sukau. 

No comments:

Post a Comment