MENARA BURJ KHALIFA
Burj Khalifa (Bahasa Arab: برج
خليفة "Menara
Khalifa"), dahulunya dikenali
sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan
di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang
pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka). Pembinaan bermula pada 21
September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan
dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Bangunan ini merupakan sebahagian
porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai
Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan
Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. Skidmore, Owings dan
Merrill, LLP (Chicago) merupakan jurubina dan jurutera menara ini.[8] Bill
Baker, Ketua Jurutera Struktur projek ini, mencipta sistem struktur teras
bersagang untuk membolehkan menara ini mencapai ketinggian luar biasa sambil berjimat
cermat. Adrian Smith yang bekerja bersama Skidmore, Owings dan Merrill (SOM)
sehingga tahun 2006, bertugas selaku Rakan Rekabentuk dalam projek ini.
Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung
C&T dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar
Petronas,[10] kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EAB. Turner
Construction Company dilantik sebagai pengurus projek pembina. Mengikut undang-undang EAB, pihak Kontraktor
dan Jurutera Rekod bertanggungjawab bersama dan berasingan atas prestasi Burj
Dubai. Oleh itu, dengan menerima reka bentuk SOM serta dilantik sebagai
Jurubina dan Jurutera Rekod, Hyder Consulting menjadi Penasihat Rekabentuk
untuk menara ini.
No comments:
Post a Comment