Sunday, 3 August 2014

TEMBOK BESAR CHINA

Tembok Besar China merupakan kubu yang dibina oleh kerajaan China sekitar tahun 200  SM dan diperkukuh antara akhirabad ke-14 sehingga permulaanabad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puakMongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongoliadan Manchuria.

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju dikatakan panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km

No comments:

Post a Comment