Tuesday, 5 August 2014

MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kala Lumpur adalah sebuah menara yang mempunyai ketinggian 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara ini telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri iaitu tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara ini merupakn bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia pada ketika itu.
Pembinaan Menara Kuala Lumpur ini telah dilaksanakan melalui 3 fasa yang berlainan iaitu fasa pertama Oktober 199 sehingga 15 Ogos 1992. Fasa kedua pula bermula pada 12 Julai 1992 dengan tertumpu pada tapak menara dan tingkat bawah tanah. Bagi kerja-kerja asas pembinaan dan aktiviti penanaman cerucuk pula berakhir pada 15 Ogos 1993. Menara ini siap dibina pada tahun 1996, setelah siap dibina menara kuala Lumpur menjadi menara yang tertinggi di Asia dan merupakan ketiga tertinggi di dunia pada ketika itu.
Menara Kuala Lumpur mempunyai ketinggian yang lebih dari Menara Berkembr petronas. Ini kerana menara ini terletak di puncak 94m dari aras laut. Menara ini dibina sebagai menara komunikasi bagi merpertingkatkan mutu dan perkhidmatan telekomunikasi dan system pemancar supaya lebih berkualiti.
Bagi pengetahuan semua Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi ketujuh tertinggi yang ada di dunia ini, di hadapan menara ini terdapat Menara CN di Kanada, Menara Ostankino di Russia, Menara Shanghai di China, Borj-e Milad di Iran, Tokyo Sky Tree di Jepun .



No comments:

Post a Comment