singa (Panthera leo) adalah mamalia karnivor yang terangkum
dalam keluarga Felidae. Digelar Raja Rimba, ia merupakan salah satu daripada
empat jenis kucing besar dalam genus Panthera. Dengan jantannya yang sangat
besar, melebihi 250 kilogram (550 paun) beratnya, haiwan ini adalah kucing yang
kedua terbesar selepas harimau.
Singa-singa lazimnya menghuni di savana dan di padang
rumput, walaupun haiwan ini juga menghuni di belukar dan hutan.
Singa-singa liar kini wujud di Asia dan kawasan sub-Sahara
di Afrika, dengan saki-baki yang sangat terancam terdapat di kawasan-kawasan
barat laut India. Singa-singa telahpun lama pupus di benua Afrika Utara, Timur
Tengah, dan Asia Barat sejak dari awal-awal lagi. Sehingga akhir zaman
Pleistosen (kira-kira 10,000 tahun dahulu), singa adalah mamalia daratan besar
yang paling banyak, selain daripada manusia. Ketika itu, singa-singa boleh
ditemui di kebanyakan kawasan Afrika serta juga di kebanyakan Eurasia dari
Eropah barat sehingga ke India, selain daripada di kawasan jambatan darat
Bering dan di Amerika dari Yukon hingga ke Peru.
No comments:
Post a Comment