.SENI BINA BURJ
KHALIFA
Seni bina dan reka bentuk bangunan
Burj Dubai dibuat oleh Skidmore, Owings dan Merrill yang juga telah merekabentuk
bangunan Menara Willis di Chicago dan Freedom Tower di New York City. Bangunan
ini hampir menyamai wawasan Frank Lloyd Wright untuk bangunan Illinois di
Chicago.
Reka bentuk Burj Dubai berasaskan
seni bina Islam dengan tiga lobus tapak bangunan yang menyerupai bunga padang
pasir. Menara ini terdiri dari tiga unsur yang membentuk gelendung utama. Pelan
lantai berbentuk 'Y' yang menghadap Teluk Parsi. Ia juga berbentuk kubah bawang
iaitu seni bina utama dalam Islam.
Bahagian luar disadur dengan
aluminium dan tekstur keluli tahan karat dengan jarak panel menegak berbentuk
tiub sirip keluli tahan karat. Sistem lapisan direka agar tahan suhu panas
melampau di Dubai.
Bahagian dalaman dihiasi oleh pakar
lanskap Georgio Armani. Hotel Armani mengambil 37 tingkat. Tingkat 45 hingga
tingkat 700 akan menjadi apartmen persendirian bermula tingkat 64. Semua
apartmen ini telah habis dijual dalam tempoh hanya 8 jam ketika mula dijual.
Pejabat korporat diuntukkan pada tingkat 123 dan tingkat 124. Kolam renang juga
disediakan pada tingkat 78.
Burj Dubai mempunyai sistem lif
yang paling laju di dunia iaitu 18 meter sesaat, mengatasi bangunan Taipei 101
yang mempunyai sistem lif dengan kelajuan 16.83 meter sesaat. Ia menggunakan
sistem lif berangkai yang dipanggil double decker elevator.
Jurutera menyatakan bangunan ini
kukuh dari gegaran 120 darjah dan mampu menahan rempuhan angin ribut, taufan
dan pelbagai bencana alam. Mereka telah mengambilkira faktor gempa bumi yang
berlaku di wilayah Bam, Iran dan Teluk Parsi pada tahun 2004. Kedalaman pula 50
meter ke dalam tanah.
No comments:
Post a Comment