Monday, 4 August 2014

GUNUNG KINABALU

                Gunung kinabalu yang terltetak di Sabah Malaysia merupakan puncak gunung tertinggi di Malaysia dan juga puncak tertinggi di borneo, ketinggian gunung ini mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia tenggara. Dari segi persempadanan geografi, gunung kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di asia tenggara.
                Gunung kinabalu merupakan lamabang kemegahan bagi setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Bagi sesetengah penduduk yang tinggal di sabah, mereka mengangap gunung kinabalu ini merupakan gunung yanh dapat memberikan semangat juang dan bersatu padu dalam kalangan rakyat negeri tersebut. Menurut kepercayaan masyarakat kadazan sabah , gunung kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka setelah mereka meninggal dunia.

                Ciri fizikal gunung kinabalu ini mempunyai permukaan yang terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama 8 hingga 12 juta tahun dahulu. Hakisa yang berterusan selama itu telah menyebabkan batuan pluton yang lebih kongkrit akn terjadi. Kesemua puncak tinggi yang ada didunia ini akan ditupu oleh ais tebal pada zaman air batu yang berlaku ketika satu juta tahun lalu. Gunung kinbalu juga termasuk dalam senarai tersebut. Ketika waktu itu puncak gunung kinabalu dilitupi oleh ais dan akn berlaku pergerakan glasier . kesan pergerakan glasier beleh dilihat di kawasan Pinausok Gravel iaitu kasn yang terletak antara kundasang dan ranau.

No comments:

Post a Comment