Thursday, 31 July 2014

PERALATAN DALAM TEKNOLOGI NANO

Sebelum tahu 1980an tiada  peralatan yang dapat digunakan untuk menghasikan teknelogi nano ini. Ini menyebabkab penyedikan dan penghasilan nano menjadi terbantut dan tidak dapat diteruskan. Pada awal 1980an, penyelidik-penyelidik di IBM telah mereka dua teknik ´microscopy´ iaitu ´atomic force microscopy´ (AFM) dan ´scanning tunneling microscopy´ (STM).

Kedua-dua teknik ini menggunakan ´cantilever´ yang kelihatan seperti jarum, untuk membaca satu permukaan secara terus, seperti bagaimana jarum pemain rekod membaca rekodnya.

AFM berfungsi dengan melalukan ´cantilever´ tersebut berdekatan dengan beberapa nanometer sebuah permukaan tersebut. Kuasa atom yang menggerakkan ´cantilever´ ini diukur untuk membentuk satu peta topografi atom ke atom.
STM adalah hampir sama, tetapa ia mengukur kesan quantum yang dipanggil penerowongan. ´Cantilever´ STM mempunyai cas yang kecil.

Teori fizik mengatakan bahawa satu dinding tenaga akan menghalang cas dari melompat ke permukaan, tetapi apabila dua atom mendekati keduanya, peraturan quantum membenarkan elektron menembusi dinding tersebut. STM mengukur penembus ini untuk memetakan permukaan objek tersebut.

Dengan memodulasikan voltan pada hujung ´cantilever´ tersebut, saintis boleh menggunakan kedua-dua teknik ini lebih dari melihat atom, malahan mereka juga dapat menolak dan menarik atom kedalam tempat yang dikehendaki. Kedua-dua ini merupakan teknologi yang penting dalam teknologi nano. Tetapi, penyelidikan nano memerlukan penciptaan corak skala nano yang memerlukan peralatan yang lebih halus dan terperinci.

Peralatan ini ialah litografi e-beam. Berbeza dari fotolitografi, iaitu teknik yang digunakan untuk membuat cip mikro, litografi e-beam tidak dihadkan oleh panjang gelombang cahaya. Dengan menggunakan pancaran elektron dari satu mikroskop pengimbas elektron, penyelidik boleh menghasilkan buatan yang terperinci sekecil beberapa nanometer.



SEJARAH TEKNOLOGI NANO

Pada tahun 1959, Richard Feynman dalam satu persidangan, telah mencadangkan satu bidang bagi manipulasi unit terkecil bagi benda, yakni atom. Impian ini telah dianggap sebagai perbincangan saintifik pertama dalam teknologi nano. Pada tahun 1974, Norio Taniguchi, seorang saintis di Universiti Tokyo, mula menggunakan ´nanotechnology´ bagi menbezakan kejuruteraan pada skala mikrometer dari paras yang lebih kecil.

Pada tahun 1986, Eric Drexler, seorang penyelidik di Massasuchetts Institute of Technology menulis buku Engines of Creation, buku yang dikatakan membawa bidang teknologi nano kepada arus perdana. Pada masa yang sama, penyelidik di Universiti Rice sedang mengkaji satu molekul yang ganjil.

Dengan meruapkan karbon dan membenarkan ia berkondensasi dalam sejenis gas, kumpulan Richard Smalley mendapati bahawa karbon membentuk kristal-kristal yang sangat stabil yang mengandungi 60 atom kesetiap satunya. Mereka mengjangka yang kristal tersebut mempunyai struktur yang sama seperti yang digunakan dalam dom geodesik R Buckminster Fuller.

Eksperimen ini masih merupakan penemuan teknologi nano yang paling terkenal dan membolehkan kumpulan Smalley dianugerahkan Nobel Prize dalam bidang Kimia.


KEHILANGAN SEORANG WIRA NEGARA

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjatadigunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri.[3][4] Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa
mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).
Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:
"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.


KEHILANGAN SEORANG WIRA NEGARA

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjatadigunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri.[3][4] Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa
mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).
Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:
"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.


Tuesday, 29 July 2014


PERTEMPURAN DI BUKIT CANDU.


Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit CanduBukit Candudinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.
Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di SingapuraBukit Candumenandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasanAlexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.
Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu,[1] bersama-sama dengan batalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera British dipusatkan menjadiBriged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade)
Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu[2] telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).
Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.
Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.walaupun leftenan adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh leftenan adnan dan regimennya.


LEFTENAN ADNAN SAIDI
Adnan Bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt .Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungai Ramai, Kajang, Selangor pasa tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Beliau mempunyai 2 orang adik lelaki bernama Ahmad dan Amarullah yang juga merupakan seorang tentera. Ahmad telah terbunuh dalam pertempuran selepas daia memasuki tentera laun pada tahun 1939. Kapal yang dinaikinya iaitu HMS Pelanduk telah ditenggelami oleh Jepun dalam pelayaran mereka ke Australia. Adik bongsunya Amarullah pula terselamat dalam peperangan.
Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungai Ramai dalam aliran Bahasa Inggeris. Beliau merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Setelah menamatkan pengajiaanya. Adnan kemudiannya terpilih menjadi sebagai guru pelatih selama setahun. Setelah itu, Adnan mengambil keputusan untuk menyertai tentera.
Pada tahun 1933, ketika beliau berusia 18 tahun  Adnan Saidi telah menyertai Rejimen Askar Melayu. Setahun selepas beliau menyertai tentera beliau telah terpilih sebagai rekrut terbik. Pada tahun 1936, Adnan Saidi telah mendapat pangkat sarjan. Kenaikan pangkat yang diperolehi oleh beliau merupakan kenaikan pangkat yang pantas ebagai tentera muda. Setelah itu, pada tahun 1937 Adnan Saidi telah terpilih untuk mewakili platunnya dalam memberi hormat di London  bagi menyambut pertabalan raja George vi. Tidak lama kemudian  Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada sarjan major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus beliau mendapat pangkat Leftenan Muda, dan dia juga dilantik sebagai ketua Platun ke-7 kompeni C
Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripadaLondon, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal diSeremban dan Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.
Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.
Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepunbersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.



KERETA KEBAL BRITISH DI  MALAYSIA
Semasa Perang Dunia II, kebanyakan kereta kebal British telah ditempatkan di Afrika bagi menentang Jerman. Dengan serangan keatas Kota Bharu danPearl Harbour, pada 7 Disember, pihak British bertindak menghantar satu skuadron penuh bagi mengukuhkan pertahanan di 'Malaysia’. Skuardon ‘B’ diketuai oleh Major William-Powlett dan anggota yang dipilih olehnya. Kesemua tujuh orang pegawai dan 138 NCO dan anggota lain berlepas dari Mesir pada Januari 7 Januari 1942, dan menjelang akhir Januari mereka merentasi Terusan Suez ke arah Singapura. Bagaimanapun kepantasan Jepun menakluk Malaysia dan Singapura memaksa skuardon ke-3 Hussars (3rd Hussars ) mendarat di pulau Sumatera pada 13 Februari 1942. Dua hari kemudian pada 15 Februari, dalam Pertempuran SingapuraSingapura jatuh ke tangan Jepun.


Saturday, 26 July 2014

SAMBUNGAN
Sekitar 0730 di Selatan Trolak, pasukan berperisai Jepun bertembung dengan batalion 5/14th Punjabi, yang sedang bergerak sepanjang jalan dalam perbarisan kearah kedudukan bertahan mereka. Kereta kebal tersebut meluru melintasi batalion secara mengejut, menembak menggunakan mesingan ramai daripada tentera Punjabi sebelum mereka sempat beredar dari jalanraya. Dalam tempoh masa beberapa minit sahaja, pasukan simpanan Brigade ke-12 lenyap sebagai satu unit. Pasukan perisai Jepun meneruskan kemaraan mereka tanpa dapat ditahan sepanjang jalan utama
Pihak British telah kehilangan jejak pertempuran. Jeneral Paris tidak diberitahu mengenai pembolosan tentera Jepun sehingga 0630. Dia dengan serta merta memerintahkan Brigade ke-28 untuk menduduki kedudukan pertahanan dan untuk menghantar meriam anti kereta kebalnya kearah kedudukan Brigade ke-12. Malangnya, mereka bertembung dengan pasukan perisai Jepun ketika masih bergerak di atas jalan dan dimusnahkan sebelum sempat menyediakan meriam mereka untuk bertempur dengan musuh. Dengan itu, salah satu dari hanya beberapa unit dalam Brigade ke-28 yang mampu menghentikan kemaraan perisai Jepun dimusnahkan pada awal pertempuran. Amat memeranjatkan bahawa Brigade ke-28 tidak diberitahu mengenai pembolosan sepenuhnya tentera Jepun melepasi Brigade ke-12.
Pasukan perisai Jepun terserempak dengan Brigade ke-28 ketika ia sedang bergerak kearah kedudukan pertahanan dan memusnahkannya dalam pertembungan singkat yang sengit. Brigade ke-28 mengalami nasib sama seperti 5/14th Punjabi, dan 2/1st Gurkha, yang dikejutkan ketika berbaris di atas jalan semasa bergerak kepada kedudukan pertahanan mereka dan mengalami kemusnahan teruk sebelum mereka dapat mengelak dari kenderaan berperisai Jepun. Batalion lain dalam Brigade ke-28, 2/9th dan 2/2nd Ghurka, cuba bertempur dengan kenderaan berperisai Jepun, tetapi tanpa halangan anti kereta kebal dan dengan hanya beberapa rifle anti-kereta kebal 12.7-mm, mereka dipintas dengan cepat.
Kereta kebal Jepun meneruskan kemaraan mereka melalui jalan, menembak barisan pengangkutan dan menganggu cubaan memusnahkan jalan dan tiga jambatan kecil. Ketika ini kereta kebal Jepun telah jauh meninggalkan infantri dan jurutera pengiring mereka. Batalion infantri terus berjuang merentasi barisan pertahanan yang kucar-kacir selepas diserang oleh kereta kebal. Kereta kebal Jepun kemudiannya memusnahkan dua bateri meriam milik Regimen Lapangan 137 sebelum sampai ke jambatan Slim River sekitar 0830. Pertahanan anti-pesawat jambatan terdiri daripada meriam anti pesawat 40-mm Bofors.
Meriam anti pesawat 40-mm Bofors ini digunakan bagi menembak kereta kebal Jepun tetapi tidak berkesan— peluru mereka tidak berupaya menembusi kereta kebal tersebut. Pengendali mereka mengalami jumlah korban yang besar akibat tembakan balas tentera Jepun. Pengendali meriam anti-pesawat dan jurutera yang bersedia untuk memusnahkan jambatan berundur. Lieutenant Watanabe (yang tercedera masa ini) mengarahkan tembakan mesigan kereta kebalnya kearah wayar peletup jambatan dan berjaya memutuskannya. Pasukan Jepun (pada masa ini terdiri daripada sedosen kereta kebal) meninggalkan dua buah kereta kebal untuk mengawal jambatan dan terus mara keselatan melalui jalan utama.
Akhirnya selepas mara sejauh dua batu lagi, tentera Jepun bertembung dengan batalion merian British yang lain, Regimen Lapangan 155. Unit artileri ini menggunakan howitzer 4.5-inci mereka dalam tembakan lansung dan bertempur dengan kereta kebal Jepun melalui pembidik mata kasar pada jarak kurang dari 200 meter. Kereta kebal Jepun yang diperintah oleh Lieutenant Watanabe telah musnah dan keseluruhan kakitangannya terbunuh. Beberapa buah kereta kebal Jepun yang lain turut rosak. Gagal untuk terus mara, kereta kebal Jepun kembali ke jambatan Slim River untuk mengawal rampasan mereka yang berharga.
Akhirnya selepas mara sejauh dua batu lagi, tentera Jepun bertembung dengan batalion merian British yang lain, Regimen Lapangan 155. Unit artileri ini menggunakan howitzer 4.5-inci mereka dalam tembakan lansung dan bertempur dengan kereta kebal Jepun melalui pembidik mata kasar pada jarak kurang dari 200 meter. Kereta kebal Jepun yang diperintah oleh Lieutenant Watanabe telah musnah dan keseluruhan kakitangannya terbunuh. Beberapa buah kereta kebal Jepun yang lain turut rosak. Gagal untuk terus mara, kereta kebal Jepun kembali ke jambatan Slim River untuk mengawal rampasan mereka yang berharga.
Infantri pengiring kereta kebal Jepun, dengan kekuatan tidak kurang dari satu kompeni, tiba beberapa jam berikutnya. Badan utama Regimen Infantri ke-42 tidak bersatu dengan unit berperisai sehingga hampir tengah malam. Pihak Jepun kehilangan kira-kira lapan buah kereta kebal, sesetengahnya boleh diperbaiki. Kehilangan infantri adalah serdahana, tetapi mampu diganti. Moral anggota tentera Jepun berada pada tahap yang amat tinggi.


SAMBUNGAN
Bertambah malang bagi pihak British, berita mengenai kekalahan ini tidak sampai kepada baki batalion kepada Brigade ke-12 (Argyl dan 5/14th Punjabi) atau Brigade ke-28. Pergerakan kereta kebal Jepun, (dengan kekuatan sekitar 16 kereta kebal pada masa ini), dengan baki Infantri dan jurutera, meluru keselatan dengan kelajuan tinggi.
Unit kedua yang dijumpai mereka adalah batalion ke-2 Argyll dan Sutherland Highlander yang telah mendirikan dua halangan jalan dalam sektor pertahanan mereka. Kepantasan pergerakan Jepun dan komunikasi British yang lemah, menyebabkan batalion Argyls berada dalam keadaan tidak sedar dan tidak bersedia. Barisan Jepun merempuh melalui kedudukan halangan hampir sebelum batalion Argyls sempat menentang. Pertempuran dihalangan jalan kedua hanya panjang sedikit dengan tentera Jepun memusnahkan beberapa kereta perisai British sebelum meneruskan kemaraan mereka. Sisa batalion Argyl kemudiannya ditenggelami oleh infantri Jepun yang menurut dari belakang sama seperti batalion yang lain.
Sungguhpun begitu batalion Argyls bertempur dengan sengit dalam kumpulan kecil dan menahan infantri Jepun lebih lama berbanding batalion lain. Ini menjadikan jarak antara barisan perisai Jepun dengan infrantri yang mengekorinya semakin jauh. Sekiranya Brigade ke-28 berada dalam kedudukan bertahan lebih baik, keadaan mungkin berlainan. Malangnya pengorbanan batalion Argyls menjadi sia-sia.
Kereta kebal Jepun kemudiannya mengambil peluang sepenuhnya dari kekeliruan pertahanan British untuk terus mara melalui jalan utama kearah jambatan Slim River. Ketika tiba di Trolak, mereka menghalau jurutera yang sedang bersedia untuk memusnahkan jambatan. Ketua platon kereta kebal, Lieutenant Watanabe, sendiri turun dari kereta kebal pemerintahnya dan memotong wayar eletrik peledak dengan menggunakan pedang samurainya. Lieutenant dan komander kompeni Jepun menyedari mereka mempunyai kelebihan kejutan dan gerakan dan amat penting bagi mereka mengekalkan tekanan keatas tentera British yang sedang kucar-kacir itu. Kereta kebal Jepun dan baki tentera infantri dan jurutera yang berjaya kekal bersama mereka terus meluru kehadapan.


PERTEMPURAN YANG MELIBATKAN KERETA KEBAL DALAM PERANG DUNIA KE-2 DI MALAYSIA.

                Pihak jepun ada menggunakan kereta kebal dalam pertempuran mereka. Dalam pertempuran da Kampar Jepun telah mengunakan 9000 tentera dngan bantuan 200 kereta kebal dan 100 meriam dalam membantu untuk berperang. Setelah bertempur selama beberapa hari , pihak jepun telah membuat tinjauan tehadap kedudukam tentera British, Major  Shimada, komander unit kereta kebal jepun di bawah infantry ke-42 meminta kepada colonel Ando agak beliau dibenarkan untuk menyerang secara langsung . dan mereka telah menyerang pada hari berikutnya pada pkul 0330
                Tentera Jepun memulakan serangan dengan memusatkan serangan meriam dan motar kepada kedudukan hadapan 4/19th Hyderabad, ketika unit infantri menyerang kedudukan hadapan Hyderabad, platon jurutera membersihkan halangan kereta kebal pertama sepanjang jalan. Sekitar 0400, barisan perisai Jepun bergerak kehadapan, anggotanya pada mulanya berjalan kaki dihadapan untuk memandu kenderaan mereka melalui halangan British.
Pasukan Hyderabad tidak memiliki meriam anti-kereta kebal , tetapi berjaya mengatur serangan meriam pada pergerakan Jepun yang berjaya memusnahkan sebuah kereta kebal. Baki barisan berperisai Jepun berjaya melepasi halangan dan terus bergerak kepada kedudukan batalion British berikutnya. Di belakang mereka, baki infantri ke-42, Battalion ke-3, meneruskan kemusnahan batalion Hyderabad, meninggalkan mereka dalam kekeliruan sebelum melangkau mereka untuk dimusnahkan kemudian
Barisan kenderaan berperisai Jepun terus mara dan pada 0430, ia sampai ke barisan pertahanan utama batalion Punjabi ke-5/2. Kereta kebal pertama memijak periuk api dan dilumpuhkan, dan menyebabkan kenderaan berikutnya tersadai bumper ke bumper. Tentera Punjabis cuba memusnahkan tentera Jepun dengan Molotov koktail dan rifel anti-kereta kebal 12.7-mm, tetapi dihalang oleh tembakan sengit dari kereta kebal dan askar infantri Jepun. Pada masa itu tentera Jepun menggunakan jalan sisi yang tidak dikawal yang selari dengan jalan utama, dengan itu melangkau kedudukan pertahanan Punjabi dan menyerang mereka dari arah belakang. Pertahanan Punjabi roboh kepada unit pejuang kecil yang cuba bertahan pada kedudukan masing-masing atau cuba melarikan diri. Pasukan berperisai Jepun terus bergerak, meninggalkan Infantri ke-42, Batalion ke-3, dan ahli lain dalam pengawal hadapan Jepun bagi memastikan kemusnahan sepenuhnya pasukan Punjabi.

Malangnya bagi British, ini merupakan kedudukan pertahanan terakhir mengarah ke arah kedudukan Jepun. Pasukan Punjabi hanya menanam hanya satu medan periuk api yang kecil. Sungguhpun begitu, mereka mampu menghalang tentera Jepun hampir satu jam, mengalami korban yang tinggi akibat tembakan kereta kebal, sebelum dilangkaui. Kini sekitar 0600, tentera Jepun bergerak laju ke hadapan dengan hampir 1,000 tentera British dan India mati, menjadi tahanan, atau pelarian dalam kumpulan kecil menghala ke selatan sepanjang tepi hutan.
KEKUATAN KERETA KEBAL MILIK JEPUN KETIKA MENAKLUKI TANAH MELAYU
Dalam penjajahan Jepun di Tanah Melayu, boleh dikatakan bahawa selain dari penguasaan udara oleh pasukan udara Jepun, kelebihan kereta kebaladalah faktor utama yang membolehkan Tentera Jepun untuk menakluk keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dengan begitu pantas. Tanpa kereta kebalTentera Jepunsudah pasti tidak mampu untuk bergerak dan mengatasi pertahananBritish dengan begitu pantas.
Dalam serangan Jepun ke atas Tanah MelayuBriged Kereta Kebal ke-3 telah diletakkan (attached) dengan Ketumbukan Tentera ke-25 (Lt. Jen. Yamashita). Pada masa itu Briged Kereta Kebal ke-3 mempunyai kekuatan seperti berikut. :-
·         Regimen Kereta Kebal Pertama
(Kolonel Mukaida)
37 x Kereta kebal serdahana Type 97
20 x Kereta kebal ringan Type 95
·         Regimen Kereta Kebal ke-6
(Kolonel) Kawamura
37 x Kereta kebal serdahana Type 95
20 x Kereta kebal ringan Type 95
·         Regimen Kereta Kebal ke-14
(Kolonel Kita)
45 x Kereta kebal ringan Type 95


SENJATA YANG DIGUNAKAN OLEH JEPUN KETIKA MENYERANG TANAH MELAYU
Penggunaan kereta kebal Jepun di Malaysia semasa Perang Dunia II kebanyakan membabitkan penggunaan kereta kebal ringan dan serdahana. Ini bukanlah disebabkan kekurangan atau kelemahan senjata oleh pihak Jepun tetapi merupakan disebabkan taktik dan strategi pertempuran yang diguna pakai oleh pemimpin tentera Jepun pada masa itu.

Pembangunan Kereta kebal tentera Jepun‎ pada sekitar 1930-an adalah setanding dengan negara-negara lain dengan kereta kebal ringan dengan berat kurang dari 15 tan dianggap "kereta kebal termaju". Bagaimanapun menjelang 1944, kebanyakan kuasa besar telah beralih kepada kereta kebal seberat 35 tan ke atas. Bagaimanapun tentera Jepun terus menggunakan kereta kebal ringan ini dalam perkhidmatan mereka. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut.

Keadaan mukabumi di Asia amat berbeza dengan Eropah. Permukaan muka bumi yang lecak, dipenuhi selut dan sawah padi, mempunyai jalan yang sempit yang tidak direka bagi membawa beban yang berat, dan sering melalui lereng bukit dan gunung, infrastruktur yang lemah (seperti jambatan yang tidak direka bagi membawa muatan berat), hutan yang dipenuhi pokok yang besar dan rapat yang menyukarkan pergerakan, dan ini turut memudahkan serangan hendap.
Kesukaran mengangkut kereta kebal ke medan pertempuran. Strategi pertempuran Jepun memerlukan kenderaan yang mudah diangkut menyeberangi lautan Pasifik bagi bertempur di kawasan pulau yang dikuasai musuh. Oleh itu mereka memerlukan kenderaan berperisai ringan dan tangkas. Ini merupakan satu penyelesaian yang sama yang digunakan oleh tentera Amerika ketika beroperasi di Iraq, apabila menggunakan kenderaan berperisai ringan Stryker.
Pengalaman bertempur di China melawan musuh yang kekurangan senjata anti kereta kebal dan senjata berat sehingga 1945, menjadikan pemerintah tentera Jepun tidak nampak keperluan kereta kebal berat.

Selain itu, sebagai sebuah negara pulau, penekanan diberikan kepada pembangunan kapal sebagai kunci pertahanan Jepun, dan bukannya pembangunan kereta kebal.
FAKTOR KEJAYAAN JEPUN MENAKLUKI TANAH MELAYU

Perang Dunia Kedua
Kejayaan Jepun menguasai seluruh Tanah Melayu dalam tempoh 70 hari sahaja didorong oleh pelbagai faktor. Perang Dunia Kedua yang meletus di Eropah menjadi pemangkin utama kepada kejayaan pihak Jepun tersebut. Pihak British bukan tidak menyedari kemungkinan bahawa pihak Jepun akan menyerang Tanah Melayu tetapi lebih menumpukan perhatian kepada peperangan yang meletus di Eropah lebih mendesak.  Pihak Britain yang mempunyai tanah jajahan di Afrika dan Asia telah diminta untuk membantu Rusia, Perancis dan Belanda apabila keadaan semakin terdesak. Hal ini menyebakan tanah jajahan di Asia Tenggara terutamanya Tanah Melayu terbiar dan membuka peluang kepada Jepun untuk menyerangnya. Pihak British juga tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu. Pertahanan di Timur telah diserahkan kepada Amerika Syarikat yang berpengkalan di Pearl Habour, Hawaii. Kesan daripada pengeboman Jepun di Pearl Habour telah melumpuhkan terus pertahanan di Timur.
 Sikap Pihak Barat
Selain itu, sikap pihak barat yang memandang rendah terhadap kemampuan Jepun menjadi salah satu faktor kejayaan Jepun.  Pihak British cukup yakin dengan kemampuan tentera laut dan udara mereka yang dianggap bahawa ianya boleh menandingi kekuatan tentera Jepun dengan mudah. Pihak British juga cukup yakin dengan adanya kedua-dua kapal perang mereka. Akibatnya apabila pihak Jepun dengan mudah menenggelamkan kapal-kapal tersebut, ianya telah mengaibkan British yang terkenal sebagai kuasa laut pada Perang Dunia Pertama.
 Persediaan dan Perancangan Jepun
 Persediaan dan perancangan Jepun yang teratur juga menjadi pemangkin kepada kejayaan ini. Penubuhan unit Perisikan Khas berjaya mendapatkan maklumat kekuatan tentera Britsh di Tanah Melayu dan memudahkan pihak Jepun untuk merancang strategi. Selain perisik tempatan, Jepun juga menghantar orang Jepun sendiri ke Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menjalankan pengintipan. Mereka telah menyamar dengan menjalankan pelbagai jenis pekerjaan seperti membuka kedai tukang gambar, kedai ikan peliharaan dan keda gula-gula. Mereka mengambil gambar bangunan, jalan raya, jambatan, mengkaji sungai-sungai dan jalan di dalam hutan dengan alasan untk mencari ikan untuk jualan. Semua maklumat ini digunakan oleh tentera Jepun untuk mengkaji kedudukan pertahanan Tanah Melayu sebelum memulakan serangan. Maklumat-maklumat tentang kubu  British, landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera telah diperoleh terlebih dahulu. Hal ini memudahkan serangan Jepun ke Tanah Melayu.
Penyebaran Dakyah anti-British
          Selain itu, Jepun juga, melalui Doro Nawa telah berjaya menyebarkan dakyah anti-British dalam kalangan askar-askar India yang berkhidmat dengan pasukan British di Tanah Melayu untuk meninggalkan perkhidmatan mereka. Jepun telah berjaya menarik orang India yang berkhidmat dengan  British untuk bekerjasama dengan Jepun. Seorang nasionalis radikal India, Subhas Chandara Bose telah datang ke Tanah Melayu dan menubuhkan pasukan yang dikenali sebagai Indian National Army (INA) untuk membantu Jepun. Jepun juga berjanji untuk membebaskan India daripada penjajahan British. Pihak Jepun juga berjaya mempengaruhi penduduk tempatan seperti golongan nasionalis radikal daripada Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawa pimpinan Ibrahim Hj. Yaakob. Hal ini memudahkan penguasan Jepun di Tanah Melayu berjalan dengan lancar.
Kelengkapan Senjata Perang Jepun
Salah satu faktor juga ialah kelengkapan senjata pihak Jepun. Tentera Jepun telah memperkuatkan serangannya dengan mengadunkan kekuatan baik dari segi laut, udara mahupun darat. Angkatan udara Jepun telah mengambil kira jarak dan sasaran, dari pengkalan-pengkalan baru mereka di Indo-China seterusnya telah menggunakan kapal terbang pejuang yang dianggap lebih moden daripada pihak British. Pesawat pejuang ini juga memberikan perlindungan kepada pesawat pengebom untuk memusnahkan instalasi penting British termasuk yang berada di pedalaman. Begitu juga dengan bantuan perlindungan rapat kepada pesawat-pesawat pengangkut dan logistik. Mereka juga dibantu dengan tembakan meriam daripada kapal-kapal pemusnah Jepun yang berlabuh dekat pantai untuk melemahkan pertahanan utama British di sekitar landasan kapal terbang Pengkalan Chepa. Secara kesuruhannya, kekuatan tentera Jepun diperkuat sepenuhnya dengan persenjataan, kelengkapan, bekalan peluru, makanan dan ubat-ubatan.
 Kelemahan Tentera British
Kelemahan tentera British dan kekurangan kelengkapan senjata perang juga menjadi faktor kekalahan British di tangan Jepun. Pasukan tentera British yang dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura kurang terlatih dan berpengalaman. Mereka juga bukan berasal dari kalangan satu bangsa atau terdiri daripada orang tempatan. Hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai semangat cintakan tanah air yang mendorong mereka untuk berperang bersungguh-sungguh. Kelewatan tentera bantuan dari London dan India juga merumitkan lagi keadaan. Kelewatan ini berlaku berikutan masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan British.
 Kekurangan kelengkapan senjata perang juga memudahkan Jepun untuk menewaskan British. Pihak British hanya bergantung kepada dua buah kapal perangnya iaitu kapal Prince of Wales dan Repulse untuk menjaga peraiaran Tanah Melayu. Apabila pihak Jepun berjaya menenggelamkan kedua-dua kapal tersebut, tentera Jepun mengusai sepenuhnya kawalan sekitar perairan Tanah Melayu. Keadaan di pengkalan laut juga tidak memuaskan. Pengkalan laut di Singapura hanya disiapkan pada tahun 1938 dan tidak digunakan sepenuhnya kerana tidak ada kapal laut yang dihantar oleh kerajaan British. Dari segi pertahanan udara, ruang angkasa Tanah Melayu dikawal oleh beberapa ratus pesawat udara sahaja dan tidak begitu baik jika dibandingkan dengan kemampuan kapal terbang Jepun. Kekuatan pertahanan British juga hanya bergantung kepada tiga pasukan tentera iaitu Pasukan ke-8, Pasukan ke-9  (Australia) dan Pasukan ke-11 (India) dengan jumlah tentera seramai 89 000 orang berbanding dengan tentera Jepun seramai 150 000 orang.
Pihak British juga kalah di tangan Jepun disebabkan mereka kurang bersedia. Pihak British menyangka Jepun akan  memulakan serangan dari arah selatan  (Singapura) kerana pusat pentadbiran British terletak di situ. Sebaliknya, Jepun memulakan serangan dari arah utara (Kelantan) dan menakluk negeri-negeri Melayu satu demi satu. Oleh itu,semasa serangan Jepun, semua meriam dan senapang telah dihalakan ke laut. Kemaraan Jepun dari utara sememangnya di luar jangkaan British.
 Semangat Juang yang Tinggi

Faktor yang tidak kurang pentingnya juga ialah unsur moral dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan tentera Jepun. Pihak Jepun bukan sahaja memiliki kekuatan dari segi bilangan tetapi mereka sangat terlatih dan mempunyai semangat juang dan disiplin yang tinggi. Tentera Jepun di samping bermoral tinggi dan bersemangat juga menganggap perjuangan mereka itu adalah perjuangan suci bagi Negara dan Maharaja.