KEHILANGAN SEORANG WIRA NEGARA
Pertempuran
sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjatadigunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt.
Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam
kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh.
Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah
tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga
ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang
orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Korporal
Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang
daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam
kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang
terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya
dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan
Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua
platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan kakinya pada pokok ceri.[3], [4] Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera
Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian
lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob.
Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk
dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber,
tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.
Beberapa
tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat
telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran
tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys,
dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu
bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian
seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada
pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat.
Dia percaya bahawa
mayat
tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan
Saidi tidak dibakar).
Keberanian
Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah
bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan
satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu
disebut khusus dalam perutusan Lt. General A.
E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi
Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:
"Selepas
dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu
yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan
gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang
petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..."
Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir
Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya
pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera
Jepun.
No comments:
Post a Comment