PENGLIBATAN
DIVISYEN KE-5 TENTERA JEPUN KETIKA SERANGAN TERHADAP TANAH MELAYU
Divisyen Ke-5 mendarat di pantai timur Tanah
Melayu (Kota Bharu)
dan Siam,
di Singora dan Pattani.
Divisyen Ke-5 berjaya bertempur dan mara di utara dan timur Tanah Melayu
khususnya dalam Pertempuran
Jitra dan Pertempuran Slim River di mana ia menewaskan Divisyen Infantri India Ke-11. Dalam
Pertempuran Slim River, Divisyen Ke-5 (khususnya Rejimen Infantri Ke-41),
dengan dibantu kereta kebal,
berjaya merempuh pertahanan British sejauh 16 batu (25 km), sekaligus
membinasakan Divisyen ke-11 India dengan korban seramai 500 orang tentera
British korban dan 1,200 menjadi tawanan.[1]
Namun, Divisyen Ke-5
juga mengalami kekalahan dalam Kempen di Tanah Melayu dalam pertempuran di Kampar dan
juga semasa bertembung denganDivisyen Ke-8 Australia dalam pertempuran di jambatan
Gemencheh.
Singapura
Pada sebelah malam 8 Februari 1942, enam
batalion daripada Divisyen Ke-5 menyeberangi Selat Johor dan mendarat di pantai barat laut
Pulau Singapura.
Pendaratan ini ditentang Briged Australia Ke-22; namun tentera Jepun berjaya
menyusup kawasan pertahanan keliling Australia. Pergerakan ini memaksa Briged
Ke-22 berundur dan membolehkan Divisyen ke-5 Jepun menubuhkan pertapakan
pantai.
Sejurus selepas kejayaan
penting ini, Divisyen Ke-5 memeruskan kemaraan dan membuat beberapa penawanan
penting termasuk menawan pangkalan udara RAF Tengah yang terletak di bahagian barat
Singapura. Divisyen ini menawan Jalan Bukit Timah pada 11 Februari, dan garison menyerah kalah empat hari kemudian.
No comments:
Post a Comment