Thursday, 17 July 2014

KEGUNAAAN POKOK PISANG

Pokok pisang dan buah pisang begitu sinonim bagi masyarakat Malaysia,  selalunya pisang akan digunakan oleh kebanyakan orang utuk dimakan sahaja sama ada dlm keadaan mentah dan juga dimasak dengan pelbagai cara. Contohnya buah pisang boleh dibuat pisang goreng, lepat, pengat, kek dan sebagainya. Tahukah anda bahawa selain buahnya bahagian lain bagi pokok pisang juga mempunyai kegunaan tersendiri.  Kita semak satu per satu.
1)      Daun
Boleh digunakn sebagai penbalut makanan bagi menghasilkan bau dan aroma yang harum pada makanan. Selalunya daun pisang ini digunakan bagi menbalut nasi lemak dan juga makanan yang lain. Bagi masyarakat Johor, mereka menggunakan daun pisang sebagai bahan pencuci usus ayam yang telah dibelah.menurut orang-orang tua penggunaan daun pisang dapat menghilangkan bau hamis usus ayam serta dapat menbersihkannya.

2)      Batang pisang.
Bagi sesetengah negeri khususnya utara tanah air batang pisang akn digunakn sebagai bahan dalam masakan bahagian yang diambil adalah bahagian umbut batang pisang dimana terdapat pada lapisan yang lembut dalam batang pisang. Masakan yang selalunya menggunakan bahan ini adalah gulai batang pisang.

3)      Jantung pisang
Selalunya jaantung pisang akn diambil setelah mencapai saiz yang tertentu, jantung pisang akn diambil untuk dimakan atau dibuat sebagai ulam-ulaman.


Pokok pisang juga memmpunyai manfaat dalam bidang perubatan, gtah pisang dapat digunakan untuk menyembuhkn luka dngan cara menyapukn getah pisang kepada kawasan luka. Selain itu bunga pisang juga boleh digunakan bagi mengubati penyakit kencing manis  dendan cara meminum airnya.  Terdapat juga faedah-faedah lain yang terdapat pada pokok pisang antaranya:
-kulit pisang dapat merawat kudis
-jus pisang dapat melegakan prnyakit ulser.

Dalam bidang kecantikan pula air dari dari batang pisang dikatakan mampu melebatkan rambut .dan juga kulitnya dapat membuat kulit halus dan licin.

Sumber
Pokok-pokok pisang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment