KEMARAAN
TENTERA JEPUN
Bagi memastikan segala
perancangan pihak Jepun berjalan lancar seperti yang dirancang, mereka telah
memngugut kerajaan thai bagi membenarkan mereka menggunakan pengkalan tentera
thai bagi melancarkan serangan ke tanah melayu. Selepas mereka bertempur dengan
tentera thai selama 8 jam dalam pertempuran prachuab kririkhan pada awal pagi
tersebut, dan akhirnya Thailand terlibat dalam perikatan tentera jepun bagi
menyerang tanah melayu.
Divisyen Ke-5 tentera Jepun yang dipimpin oleh
Leftenan Jeneral Takaro Matsui telah ditugaskan menyerang Kedah mula mendarat
di Singgora pada 8 Disember 1941. Pada awal pagi 10 Disember 1941, pasukan
tentera Jepun di bawah perintah Kolonel Saeiki mula menyerang sempadan Bukit
Kayu Hitam tetapi serangan tersebut dapat ditangkis tentera British. Namun
serangan balas pada pagi tersebut juga memaksa tentera British berundur ke
Asun. Tentera British yang mempertahankan Asun kemudiannya diasak dan memaksa
mereka berundur ke Jitra. Dalam masa yang sama, tentera British yang
mempertahankan Perlis terpaksa berundur ke Jitra. Semasa pengunduran, tentera
British meletupkan beberapa jambatan kecil di sepanjang jalan antara Kodiang
dengan Jitra. Ini menyebabkan banyak senjata berat tidak dapat di bawa ke
Jitra.
Sementara itu, di
sebelah pantai timur, tentera Jepun yang mendarat, pada awalnya ditentang oleh Kor Ke-III India daripada Tentera India dan beberapa batalion tentera
British. Tentera Jepun dengan pantas mengasingkan unit India yang
mempertahanan pantai, sebelum menumpukan tentera mereka bagi mengepong dan
memaksa pasukan bertahan agar menyerah. Tentera Jepun yang mendarat di Kota
Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju
ke Kuantan,
dan satu lagi ke selatan menuju kearah Sungai Perak.
Pasukan Jepun mempunyai
sedikit kelebihan dari segi jumlah tentera di utara Tanah Melayu, dan kelebihan
yang banyak dalam sokongan udara dekat,kereta kebal,
kordinasi, taktik dan pengalaman oleh unit Jepun yang
pernah bertempur dalam Perang China-Jepun Kedua. Sementara, pihak
Jepun mempunyai jumlah kapal terbang yang kurang sedikit, kapal terbang pejuang
mereka pada kebiasaannya lebih baik dan mencapai kelebihan udara. Pihak Berikat tidak
mempunyai kereta kebal, yang meletakkan mereka dalam keadaan kurang baik. Pihak
Jepun juga menggunakan infantri berbasikal dan kereta kebal ringan, yang
membenarkan pergerakan pantas pasukan mereka melalui darat dan melalui muka
bumi yang diselitupi hutan hujan tropika yang tebal.
Pihak British telah
mempunyai rancangan bagi melewatkan pendaratan Jepun di Selatan Thailand tetapi Ketua Marshal Udara Sir Robert Brooke-Popham,Panglima Tertinggi (Commander-in-Chief) bagi Markas Gerakan Timur Jauh
British menolak
memberikan kebenaran bagi melancarkan Operasi
Matadordan Operasi Krohcol sebelum serangan Jepun, bagi
mengelakkan risiko membangkitkan perang yang akan meletus.
Force Z tentera laut, terdiri daripada kapal tempur HMS Prince
of Wales danHMS Repulse, bersama
dengan empat pembinasa,
dan diperintah olehLaksamana Tom Phillips telah tiba sejurus sebelum permusuhan
meletus. Bagaimanapun, kelebihan tentera udara Jepun mendorong kepadaPenenggelaman
HMS Prince of Wales dan HMS Repulse pada 10 Disember1941,
menjadikan persisiran pantai barat Tanah Melayu terdedah dan membenarkan
tentera Jepun untuk meneruskan pendaratan mereka.
No comments:
Post a Comment