SAMBUNGAN
Bertambah malang bagi pihak British, berita mengenai
kekalahan ini tidak sampai kepada baki batalion kepada Brigade ke-12 (Argyl dan
5/14th Punjabi) atau Brigade ke-28. Pergerakan kereta kebal Jepun, (dengan
kekuatan sekitar 16 kereta kebal pada masa ini), dengan baki Infantri dan
jurutera, meluru keselatan dengan kelajuan tinggi.
Unit kedua yang dijumpai mereka adalah batalion ke-2 Argyll
dan Sutherland Highlander yang telah mendirikan dua halangan jalan dalam sektor
pertahanan mereka. Kepantasan pergerakan Jepun dan komunikasi British yang
lemah, menyebabkan batalion Argyls berada dalam keadaan tidak sedar dan tidak
bersedia. Barisan Jepun merempuh melalui kedudukan halangan hampir sebelum
batalion Argyls sempat menentang. Pertempuran dihalangan jalan kedua hanya
panjang sedikit dengan tentera Jepun memusnahkan beberapa kereta perisai
British sebelum meneruskan kemaraan mereka. Sisa batalion Argyl kemudiannya
ditenggelami oleh infantri Jepun yang menurut dari belakang sama seperti
batalion yang lain.
Sungguhpun begitu batalion Argyls bertempur dengan sengit
dalam kumpulan kecil dan menahan infantri Jepun lebih lama berbanding batalion
lain. Ini menjadikan jarak antara barisan perisai Jepun dengan infrantri yang
mengekorinya semakin jauh. Sekiranya Brigade ke-28 berada dalam kedudukan
bertahan lebih baik, keadaan mungkin berlainan. Malangnya pengorbanan batalion
Argyls menjadi sia-sia.
Kereta kebal Jepun kemudiannya mengambil peluang sepenuhnya
dari kekeliruan pertahanan British untuk terus mara melalui jalan utama kearah
jambatan Slim River. Ketika tiba di Trolak, mereka menghalau jurutera yang sedang
bersedia untuk memusnahkan jambatan. Ketua platon kereta kebal, Lieutenant
Watanabe, sendiri turun dari kereta kebal pemerintahnya dan memotong wayar
eletrik peledak dengan menggunakan pedang samurainya. Lieutenant dan komander
kompeni Jepun menyedari mereka mempunyai kelebihan kejutan dan gerakan dan amat
penting bagi mereka mengekalkan tekanan keatas tentera British yang sedang
kucar-kacir itu. Kereta kebal Jepun dan baki tentera infantri dan jurutera yang
berjaya kekal bersama mereka terus meluru kehadapan.
No comments:
Post a Comment