SEJARAH TEKNOLOGI NANO
Pada tahun 1959, Richard Feynman dalam satu persidangan,
telah mencadangkan satu bidang bagi manipulasi unit terkecil bagi benda, yakni
atom. Impian ini telah dianggap sebagai perbincangan saintifik pertama dalam
teknologi nano. Pada tahun 1974, Norio Taniguchi, seorang saintis di Universiti
Tokyo, mula menggunakan ´nanotechnology´ bagi menbezakan kejuruteraan pada
skala mikrometer dari paras yang lebih kecil.
Pada tahun 1986, Eric Drexler, seorang penyelidik di
Massasuchetts Institute of Technology menulis buku Engines of Creation, buku
yang dikatakan membawa bidang teknologi nano kepada arus perdana. Pada masa
yang sama, penyelidik di Universiti Rice sedang mengkaji satu molekul yang
ganjil.
Dengan meruapkan karbon dan membenarkan ia berkondensasi
dalam sejenis gas, kumpulan Richard Smalley mendapati bahawa karbon membentuk
kristal-kristal yang sangat stabil yang mengandungi 60 atom kesetiap satunya.
Mereka mengjangka yang kristal tersebut mempunyai struktur yang sama seperti
yang digunakan dalam dom geodesik R Buckminster Fuller.
Eksperimen ini masih merupakan penemuan teknologi nano yang
paling terkenal dan membolehkan kumpulan Smalley dianugerahkan Nobel Prize
dalam bidang Kimia.
No comments:
Post a Comment