Saturday, 26 July 2014

SENJATA YANG DIGUNAKAN OLEH JEPUN KETIKA MENYERANG TANAH MELAYU
Penggunaan kereta kebal Jepun di Malaysia semasa Perang Dunia II kebanyakan membabitkan penggunaan kereta kebal ringan dan serdahana. Ini bukanlah disebabkan kekurangan atau kelemahan senjata oleh pihak Jepun tetapi merupakan disebabkan taktik dan strategi pertempuran yang diguna pakai oleh pemimpin tentera Jepun pada masa itu.

Pembangunan Kereta kebal tentera Jepun‎ pada sekitar 1930-an adalah setanding dengan negara-negara lain dengan kereta kebal ringan dengan berat kurang dari 15 tan dianggap "kereta kebal termaju". Bagaimanapun menjelang 1944, kebanyakan kuasa besar telah beralih kepada kereta kebal seberat 35 tan ke atas. Bagaimanapun tentera Jepun terus menggunakan kereta kebal ringan ini dalam perkhidmatan mereka. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut.

Keadaan mukabumi di Asia amat berbeza dengan Eropah. Permukaan muka bumi yang lecak, dipenuhi selut dan sawah padi, mempunyai jalan yang sempit yang tidak direka bagi membawa beban yang berat, dan sering melalui lereng bukit dan gunung, infrastruktur yang lemah (seperti jambatan yang tidak direka bagi membawa muatan berat), hutan yang dipenuhi pokok yang besar dan rapat yang menyukarkan pergerakan, dan ini turut memudahkan serangan hendap.
Kesukaran mengangkut kereta kebal ke medan pertempuran. Strategi pertempuran Jepun memerlukan kenderaan yang mudah diangkut menyeberangi lautan Pasifik bagi bertempur di kawasan pulau yang dikuasai musuh. Oleh itu mereka memerlukan kenderaan berperisai ringan dan tangkas. Ini merupakan satu penyelesaian yang sama yang digunakan oleh tentera Amerika ketika beroperasi di Iraq, apabila menggunakan kenderaan berperisai ringan Stryker.
Pengalaman bertempur di China melawan musuh yang kekurangan senjata anti kereta kebal dan senjata berat sehingga 1945, menjadikan pemerintah tentera Jepun tidak nampak keperluan kereta kebal berat.

Selain itu, sebagai sebuah negara pulau, penekanan diberikan kepada pembangunan kapal sebagai kunci pertahanan Jepun, dan bukannya pembangunan kereta kebal.

No comments:

Post a Comment