PERTEMPURAN DI BUKIT CANDU.
Sejarah pendaratan
Jepun di Tanah Melayu dan tindakan pantas tentera
Jepun memaksa Tentera British berundur
ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit
Candudinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.
Pertempuran
sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa
bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi
kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit
Candumenandakan sempadan pertahanan
terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua
alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu,
sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung
ke kawasanAlexandra.
Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama,
hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang
tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.
Pertahanan
permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan sebahagian satu pasukan
kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu,[1] bersama-sama dengan batalion ke-2 "Loyal
Regiment" Tentera
British dipusatkan menjadiBriged Infantri
Pertama Malaya (1st Malaya Brigade)
Pada
13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di
bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya
Mutaguchi menumpukan perhatian mereka
kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi
tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu[2] telah ditempatkan di Perkampungan Pasir
Panjang telah memberikan tentangan
hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit
daripada Kompeni 'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan
Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap).
Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah
Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).
Pada
tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke
tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan
ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah
keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt.
Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan
mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg
pasir.
Pada
awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada
Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun,
memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British
India (British-Indian Army)
mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan
perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu
bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera
British. Menyedari helah tersebut, Lt.
Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar
20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.
Dua
jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam
bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan
tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru,
Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati.walaupun leftenan
adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh leftenan
adnan dan regimennya.
No comments:
Post a Comment