KERETA KEBAL BRITISH DI MALAYSIA
Semasa
Perang Dunia II, kebanyakan kereta kebal British telah ditempatkan di Afrika
bagi menentang Jerman. Dengan serangan keatas Kota
Bharu danPearl Harbour,
pada 7 Disember, pihak British bertindak menghantar satu skuadron penuh bagi
mengukuhkan pertahanan di 'Malaysia’. Skuardon ‘B’ diketuai oleh Major
William-Powlett dan anggota yang dipilih olehnya. Kesemua tujuh orang pegawai
dan 138 NCO dan anggota lain berlepas dari Mesir pada Januari 7 Januari 1942, dan menjelang akhir Januari
mereka merentasi Terusan Suez ke arah Singapura. Bagaimanapun kepantasan Jepun menakluk Malaysia dan
Singapura memaksa skuardon ke-3 Hussars (3rd
Hussars ) mendarat di pulau Sumatera pada 13 Februari 1942. Dua hari kemudian pada 15 Februari, dalam Pertempuran Singapura, Singapura jatuh ke tangan Jepun.
No comments:
Post a Comment