Saturday, 26 July 2014

SAMBUNGAN
Sekitar 0730 di Selatan Trolak, pasukan berperisai Jepun bertembung dengan batalion 5/14th Punjabi, yang sedang bergerak sepanjang jalan dalam perbarisan kearah kedudukan bertahan mereka. Kereta kebal tersebut meluru melintasi batalion secara mengejut, menembak menggunakan mesingan ramai daripada tentera Punjabi sebelum mereka sempat beredar dari jalanraya. Dalam tempoh masa beberapa minit sahaja, pasukan simpanan Brigade ke-12 lenyap sebagai satu unit. Pasukan perisai Jepun meneruskan kemaraan mereka tanpa dapat ditahan sepanjang jalan utama
Pihak British telah kehilangan jejak pertempuran. Jeneral Paris tidak diberitahu mengenai pembolosan tentera Jepun sehingga 0630. Dia dengan serta merta memerintahkan Brigade ke-28 untuk menduduki kedudukan pertahanan dan untuk menghantar meriam anti kereta kebalnya kearah kedudukan Brigade ke-12. Malangnya, mereka bertembung dengan pasukan perisai Jepun ketika masih bergerak di atas jalan dan dimusnahkan sebelum sempat menyediakan meriam mereka untuk bertempur dengan musuh. Dengan itu, salah satu dari hanya beberapa unit dalam Brigade ke-28 yang mampu menghentikan kemaraan perisai Jepun dimusnahkan pada awal pertempuran. Amat memeranjatkan bahawa Brigade ke-28 tidak diberitahu mengenai pembolosan sepenuhnya tentera Jepun melepasi Brigade ke-12.
Pasukan perisai Jepun terserempak dengan Brigade ke-28 ketika ia sedang bergerak kearah kedudukan pertahanan dan memusnahkannya dalam pertembungan singkat yang sengit. Brigade ke-28 mengalami nasib sama seperti 5/14th Punjabi, dan 2/1st Gurkha, yang dikejutkan ketika berbaris di atas jalan semasa bergerak kepada kedudukan pertahanan mereka dan mengalami kemusnahan teruk sebelum mereka dapat mengelak dari kenderaan berperisai Jepun. Batalion lain dalam Brigade ke-28, 2/9th dan 2/2nd Ghurka, cuba bertempur dengan kenderaan berperisai Jepun, tetapi tanpa halangan anti kereta kebal dan dengan hanya beberapa rifle anti-kereta kebal 12.7-mm, mereka dipintas dengan cepat.
Kereta kebal Jepun meneruskan kemaraan mereka melalui jalan, menembak barisan pengangkutan dan menganggu cubaan memusnahkan jalan dan tiga jambatan kecil. Ketika ini kereta kebal Jepun telah jauh meninggalkan infantri dan jurutera pengiring mereka. Batalion infantri terus berjuang merentasi barisan pertahanan yang kucar-kacir selepas diserang oleh kereta kebal. Kereta kebal Jepun kemudiannya memusnahkan dua bateri meriam milik Regimen Lapangan 137 sebelum sampai ke jambatan Slim River sekitar 0830. Pertahanan anti-pesawat jambatan terdiri daripada meriam anti pesawat 40-mm Bofors.
Meriam anti pesawat 40-mm Bofors ini digunakan bagi menembak kereta kebal Jepun tetapi tidak berkesan— peluru mereka tidak berupaya menembusi kereta kebal tersebut. Pengendali mereka mengalami jumlah korban yang besar akibat tembakan balas tentera Jepun. Pengendali meriam anti-pesawat dan jurutera yang bersedia untuk memusnahkan jambatan berundur. Lieutenant Watanabe (yang tercedera masa ini) mengarahkan tembakan mesigan kereta kebalnya kearah wayar peletup jambatan dan berjaya memutuskannya. Pasukan Jepun (pada masa ini terdiri daripada sedosen kereta kebal) meninggalkan dua buah kereta kebal untuk mengawal jambatan dan terus mara keselatan melalui jalan utama.
Akhirnya selepas mara sejauh dua batu lagi, tentera Jepun bertembung dengan batalion merian British yang lain, Regimen Lapangan 155. Unit artileri ini menggunakan howitzer 4.5-inci mereka dalam tembakan lansung dan bertempur dengan kereta kebal Jepun melalui pembidik mata kasar pada jarak kurang dari 200 meter. Kereta kebal Jepun yang diperintah oleh Lieutenant Watanabe telah musnah dan keseluruhan kakitangannya terbunuh. Beberapa buah kereta kebal Jepun yang lain turut rosak. Gagal untuk terus mara, kereta kebal Jepun kembali ke jambatan Slim River untuk mengawal rampasan mereka yang berharga.
Akhirnya selepas mara sejauh dua batu lagi, tentera Jepun bertembung dengan batalion merian British yang lain, Regimen Lapangan 155. Unit artileri ini menggunakan howitzer 4.5-inci mereka dalam tembakan lansung dan bertempur dengan kereta kebal Jepun melalui pembidik mata kasar pada jarak kurang dari 200 meter. Kereta kebal Jepun yang diperintah oleh Lieutenant Watanabe telah musnah dan keseluruhan kakitangannya terbunuh. Beberapa buah kereta kebal Jepun yang lain turut rosak. Gagal untuk terus mara, kereta kebal Jepun kembali ke jambatan Slim River untuk mengawal rampasan mereka yang berharga.
Infantri pengiring kereta kebal Jepun, dengan kekuatan tidak kurang dari satu kompeni, tiba beberapa jam berikutnya. Badan utama Regimen Infantri ke-42 tidak bersatu dengan unit berperisai sehingga hampir tengah malam. Pihak Jepun kehilangan kira-kira lapan buah kereta kebal, sesetengahnya boleh diperbaiki. Kehilangan infantri adalah serdahana, tetapi mampu diganti. Moral anggota tentera Jepun berada pada tahap yang amat tinggi.


No comments:

Post a Comment