Wednesday, 16 July 2014

POKOK PERIUK KERA

Pokok periuk kera yang juga dikenali dengan nama belanga kera atau nama sainstifiknya nepenthes spp biasanya tumbuh liar di kawasan lembab dan terbuka seperti paya. Pokok periuk kera sangat unik kerana mempunyai periuk dengan penutup yang menhalang air hujan memasuki dan bertakung di dalamnya. Bahagian dasar periuk mengandungi pepsin. Bahan kimia ini berfungsi untuk menghadamkan serangga yang terperangkap di dalam periuknya dan menukarkannya kepada nutrien untuk tumbuhan ini. Pokok periuk kera membiak melalui pecahan rumpun

Daun pokok ini berbentuk bujur dan berwarna hijau terang. Keistimewaannya pokok ini adalah kerana mempunyai sejenis alat yang berbentuk uncang yang juga  disebut sebagai periuk. Saiz periuk ini ialah hingga 12 sentimeter panjang dan mempunyai pelbagai warna seperti hijau, coklat dan putih





Tumbuhan ini juga mempunyai hasiatnya yang digunakan secara tradisional oleh masyarakat dahulu.pokok periuk kera inidapat digunakn untuk mengubati sakit mata, gigitan haiwan dan serangga berbisa, batu  karang dan darah tinggi. cecair yang terdapat dalam periuk kera boleh digunakan bagi melebatkan rambut dengan cara melumurkan cecair tersebut pada rambut. Manakala, air rebusan akar tubuhan ini  boleh digunakn untuk mengubati batu karang, darah tinggi dan juga cirit-birit. air rebusan daripada periuk kera ini bukan sahaja dapat menubati pelbagai penyakit, bahkn juga  boleh diminum untuk penjagaan kesihatan harian.



No comments:

Post a Comment