Thursday, 17 July 2014

GURUN SAHARA

Gurun sahara merupakan gurun kedua terbesar selepas Artartika, gurun ini mempunyai keluasan 3,630,00 batu persegi dan juga merupakan gurun yang terpanas di dunia. Gurun Sahara ini terletak di Afrika Utara dan berkemungkinan setua 2.5 juta tahun. Nama sahara pada gurun ini diperolehi dari perkataan dari arab yang membawa maksus padang pasir.
                Kawasan gurun ini mengalami iklim yang sangat panas dan kering sepanjang tahun. Oleh itu suhu apabila siang dia kawasan ini mampu mencecah dari 38 darjah Celsius sehingga 44 darjah Celsius dan pada malamnya pula suhunya akn menurun sehingga 10 darjah Celsius


TUMBUHAN SEMULAJADI
1.     Tumbuhan jarang kerana iklim panas dan kering.
2.     Tumbuhan semula jadi – kaktus, rumput dawai, semak samun berduri dan rumput kasar.
·         Kebanyakan kawasan ditumbuhi oleh pokok kaktus yang berbatang lendair (dapat simpan air dan kulit tebal untuk halang air daripada tersejat.
·         Rumput kasar yang berakar panjang untuk serap air jauh di bawah.
·         Pokok akasia bantut dan palma yang batangnya berkulit tebal.
·         Tumbuhan yang berkulit benih yang tebal, tahan kemarau dan tumbuh bila ada hujan.
3.     Cara penyesuaian dengan iklim :
a.      Akar panjang mencari air dalam tanah.
b.     Tumbuhan tidak berdaun tapi berduri.
c.      Berdaun kecil, berlilin atau berbulu kurangkan perpeluhan.
d.     Batang berbendalir besar dan besar untuk menyimpan air.
OASIS
1.     Oasis – kawasan sumber air di gurun.
2.     Aras air bawah tanah hampir sama permukaan bumi.
3.     Penduduk sekitar oasis dapat menjalankan pertanian – tanaman kurma (paling utama), sayur-sayuran, buah-buahan, barli dan jagung.
4.     Di oasis rumah dibuat daripada batu dan tanah liat.
5.     Bumbung rata untuk menakung air hujan dan mengeringkan barang.
6.     Ribut pasir atau simoon berlaku di kawasan gurun.
7.     Tembok dibina di keliling oasis untuk melindungi kawasan pertanian dari ditimbus pasir.






                                                                                                                                                                                              


Sumber

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gurun_Sahara

No comments:

Post a Comment