KHASIAT POKOK BETIK
Dalam post kali ini saya ingin menceritakan berkaitan dengan khasiat yang terdapat pada tumbuhan yang diberi nama betik. Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN, pada mulanya betik ini berasal dari Mexika Selatan. Namun kini pokoknya bleh ditemui di setiap Negara beriklim tropika.

Pokok betik menghasilkan buah yang
selamat dimakan dan juga mempunyai pelbagai kegunaan lain. Ada orang mengatakan
bahawa betik dapat menyejukkan badan . bukan sekadar itu sahaja bahagian lain yang
terdapat pada tumbuhan ini juga mempunyai kebaikan yang tersendiri kepada
manusia. Sesetengah dari bahagian tubuhan tersebut boleh digunakan dalam
perubatan. Sebagai contoh bahagian daun pokok betik dapat digunakan bagi
merawat demam malaria dalam perubatan tradisional, ia juga dikatakan mampu
mengubati demam denggi. Selain dari segi perubatan, daunnya juga dapat
digunakan dalam makanan, ia dapat digunakan untuk membuat satay menjadi lbih
empuk dan wangi.
Bagi buah betik banyak khasiat yang
dapat diperolehi. Sebagai contoh buah betik dapat digunakan untuk merawat
masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, membantu wajah sentiasa awet
muda, mengubati sakit-sakit otot, melegakan sakit gigi yang berlubang , dan
menghentikan pendarahan
Pucuk betik jugak mempunyai nilai
yang tersendiri, antaranya:
-Mengatasi sakit
migrain.
- Merendahkan tahap
kolestrol dalam darah.
- Menurunkan tekanan
darah tinggi.
- Melangsingkan
badan.
No comments:
Post a Comment